Monday 2 June 2014

Pusing-pusing, kat situ jugak.

Selepas mak meninggal dunia, ramai yang pesan.. "Jangan risau,jangan sedih. Adik beradik dab saudara mara ada...". Ya,memang mereka ada. Tapi pernah ke mereka peduli. Aku tetap sendiri. Sendiri meniti hari-hari yang penuh getir. Banyak perkara tak terluah yang aku simpan. Banyak benda yg aku pendam sampai aku dah tak hirau apa nak jadi atau akan jadi. Serumah,tapi tak bertegur. Pangkat aku sebagai orang tua, sebagai pakcik, tak dihiraukan. Aku lebih banyak berdiam dari bersuara. Sebab tiada siapa peduli dengan suara aku. 

Soalan pertama bila doktor isytihar arwah mak meninggal dunia ialah, "mana aku nak tinggal selepas ni?". Sampai hari ni soalan tu masih bermain di minda walaupun aku masih tinggal di rumah yang sama. Bagi aku, aku tak layak duduk serumah dengan mereka. Pendapat aku tak sefahaman dengan mereka. Disiplin aku tentang keselamatan lebih baik dari mereka. Mereka cuai,lalai dan anggap semua benda tu remeh. Ini apa yang arwah abah ajar aku dari aku kecik. "Jangan cuai!" Kata arwah abah. "Jangan kurang ajar pada orang tua!" Antara pesanannya lagi. Banyak lagi pesanan yang masih bermain di hati dan minda aku walaupun mereka berdua telah lama pergi. 

Aku perlukan sebuah rumah. Sebuah rumah sendiri untuk aku duduki bersama bakal isteri dan anak-anakku. Tapi sekarang masalah ekonomi aku tak menentu. Masih terumbang ambing. Bukan mudah untuk aku bangun balik setelah aku jatuh tersadung circa 2012-2013. Aku tahu bukan mudah untuk mudah,bukan susah untuk susah. Tapi ada je manusia keparat yang sentiasa mencabar aku. Aku marah tapi aku diamkan. Sebab aku lebih banyak berfikir dari bertindak sesuka hati. Cukuplah apa yg pernah terjadi pada penghujung 2012 lalu hingga memaksa aku keluar rumah dan hampir terputus hubungan adik beradik. 

Ya tuhan. Sesungguhnya aku ini lemah,maka berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup ini.