Monday 2 June 2014

Pusing-pusing, kat situ jugak.

Selepas mak meninggal dunia, ramai yang pesan.. "Jangan risau,jangan sedih. Adik beradik dab saudara mara ada...". Ya,memang mereka ada. Tapi pernah ke mereka peduli. Aku tetap sendiri. Sendiri meniti hari-hari yang penuh getir. Banyak perkara tak terluah yang aku simpan. Banyak benda yg aku pendam sampai aku dah tak hirau apa nak jadi atau akan jadi. Serumah,tapi tak bertegur. Pangkat aku sebagai orang tua, sebagai pakcik, tak dihiraukan. Aku lebih banyak berdiam dari bersuara. Sebab tiada siapa peduli dengan suara aku. 

Soalan pertama bila doktor isytihar arwah mak meninggal dunia ialah, "mana aku nak tinggal selepas ni?". Sampai hari ni soalan tu masih bermain di minda walaupun aku masih tinggal di rumah yang sama. Bagi aku, aku tak layak duduk serumah dengan mereka. Pendapat aku tak sefahaman dengan mereka. Disiplin aku tentang keselamatan lebih baik dari mereka. Mereka cuai,lalai dan anggap semua benda tu remeh. Ini apa yang arwah abah ajar aku dari aku kecik. "Jangan cuai!" Kata arwah abah. "Jangan kurang ajar pada orang tua!" Antara pesanannya lagi. Banyak lagi pesanan yang masih bermain di hati dan minda aku walaupun mereka berdua telah lama pergi. 

Aku perlukan sebuah rumah. Sebuah rumah sendiri untuk aku duduki bersama bakal isteri dan anak-anakku. Tapi sekarang masalah ekonomi aku tak menentu. Masih terumbang ambing. Bukan mudah untuk aku bangun balik setelah aku jatuh tersadung circa 2012-2013. Aku tahu bukan mudah untuk mudah,bukan susah untuk susah. Tapi ada je manusia keparat yang sentiasa mencabar aku. Aku marah tapi aku diamkan. Sebab aku lebih banyak berfikir dari bertindak sesuka hati. Cukuplah apa yg pernah terjadi pada penghujung 2012 lalu hingga memaksa aku keluar rumah dan hampir terputus hubungan adik beradik. 

Ya tuhan. Sesungguhnya aku ini lemah,maka berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup ini. 

Monday 24 February 2014

Tumbuk muka kau!

Hari ni mood aku tak berapa best sangat sebenarnya. Tapi aku buat selamba sebab hari ni hari isnin,hari aku mula bekerja. Takdelah sekali dengan kombo sakit belikat,pinggang dan sebagainya walaupun lutut kanan aku ni masih belum pulih dari terseliuh minggu lepas. Entah aku pun tak paham kenapa lambat baik pulak kali ni. Urut pun baru sekali. Nak urut lagi, aku pulak takde masa dengan kekurangan duit. Hurmm tahan je lah. 

Hari ni entah kenapa masa aku tengah masak tiba-tiba teringat arwah mak masa aku tengah hiris halia untuk masak lauk daging kicap. Kat dapur aku tu aku memang senang KLMJ arwah mak aku. Teringat bila time dia masak,muka dia,ketawa dia,suara dia,keluhan dia. Tipulah tak down bila teringat. Tapi aku buat-buat steady sebab menahan sakit lutut dengan busy masak kat dapur. Ada juga petang tadi kawan menegur,"kau nampak steady je walaupun mak bapak kau dah takde. Kalau aku,aku tak rasa aku boleh hadapi tu semua". 

Aku senyum je..

Kadang-kadang tertanya jugak,apa khabarlah mereka di alam barzakh sana. Aku rindu mereka. Ya,sangat rindu. Walaupun aku lelaki dan berbadan besar,aku mampu menangis tak kira tempat dan masa bila teringatkan mereka. Mereka segalanya untuk aku. Walaupun aku masih tinggal sebumbung dengan kakak kandung aku sendiri,tetap tak sama rasanya tinggal bersama ibu bapa. Tapi at least aku masih ada dia,kakak yang paling aku sayang. Walaupun dulu aku selalu gaduh dengan dia. Terima kasih,kakak. Sebab masih nak jaga aku. Betul cakap arwah bapak aku circa 1997 dulu,"nanti abah dah takde,kakak kau sorang je boleh jaga kau. Abang-abang kau semua tak boleh jaga kau. Jaga hubungan kau dengan dia dari sekarang". Masa tu aku masih bersekolah lagi. 

Semenjak abah dan mak pergi,tak pernah lagi aku nampak matahari bersinar dengan terangnya. Hanya cahaya malap yang menyinari. Memanglah panas,dol. Ini namanya sastera. Aku tumbok jugak kang!

Sebenarnya setiap hari aku menanti cahaya yang terang menyinari sudut gelap hati aku ni. Kadang-kadang ada,tapi cuma sekejap. Biasanya malap. Macam sekarang ni gelap gelita habis. Aku nak kemas bilik pun malas. Dah lah kaki tengah sakit,baru bayar duit kereta pulak tu. Lagi lah tambah pening kepala aku. Pening woi bayar hutang ni. Siapa cakap hutang best? Meh aku starlet kepala engko kejap. 

Setiap hari aku akan fikir macam mana aku nak hidup untuk hari esok. Cukup ke aku nak bayar payment yang berderet setiap hari tu? Ni bukan soal mengeluh rezeki yang aku dapat. Ni aku tak tau dah nak cerita kat sape. Sebab tu aku up blog. Blog aku ni follower pun 4-5 orang. Kah kah kah! 

Tapi aku bersyukur bila aku dapat bangun dari tidur dan teruskan memasak seperti biasa. Bosan tu aku dah lali. Nak buat macam mana,tu mmg punca aku cari rezeki. Selama aku dibesarkan ni pun mmg kedai tulah yg menjadi puncanya. Harapan aku setiap hari ialah supaya aku tabah,kuat dan cekal. Masalah setiap hari,setiap masa ada,beb. Cuma ada sesetengah masa tu aku tak boleh handle. Dan aku lebih suka menyendiri dan berdiam...

Esok aku kena bangun awal untuk menunaikan kewajipan dan keluar bekerja dengan cemerlang. InsyaAllah esok akan lebih baik dari hari ni. Mungkin masalah esok yg aku duk fikirkan ni akan bertemu penyelesaian walaupun sikit. Aku cuba positif ni. Nak tidur ni dol. negatif bukan boleh buat aku tido lena. Hahaha! 

Dah lah,aku cuba untuk tidur. Assalamualaikum!

Ni lah kakak aku. Dengan anak dia. Semoga Allah permudahkan semua urusan dia dunia dan akhirat. Amin :)

Thursday 20 February 2014

Takdir dan waktu.


Takdir dan waktu,suatu tajuk yang aku sendiri takkan pernah tahu waima faham. Semua yang berlaku dalam hidup telah ditakdirkan tapi,kita wajib berusaha. Pada aku,apa-apa boleh jadi walaupun aku tak sangka. 

Semua ni aku tak pernah terfikir waktu abah dan mak masih ada. Waktu aku khayal mencari keseronokan hidup. Hakikatnya,tak seronok mana pun apa yang aku pernah buat dulu. Well,adalah jugak. Basikal contohnya. 

Semenjak mak pergi ,banyak yang berubah. Keadaan,masa,hala tuju,impian,mimpi,masa,perasaan,kata-kata. Boleh dikatakan hampir semuanya berubah. Apa yg aku alami ,apa yang aku hadapi sekarang langsung tak sama dengan apa yg aku pernah lalui suatu masa dulu. Sikit pun tak sama. Dalam tenang aku harungi walaupun tempang sebelah kaki. 


Tuesday 7 January 2014

Malam yang tiada konklusi.

Aku dekat dalam bilik ni. Patutnya dah masuk waktu makan aku. Tapi kat dapur tinggal seekor je ikan sardin masak sambal. Bimbang pulak nanti kalau aku makan nanti dalam rumah ni ada yang belum makan. Nak makan kat luar aku malas nak start kereta. Motor aku lupa bawak balik sebab hari tu masa kaki aku tempang tu memang aku tak boleh bawak motor. Yang tinggal basikal. Tapi aku masih tak confident nak kayuh basikal sebab kaki aku belum baik sepenuhnya ni. Nak makan apa dan nak makan kat mana pun aku tak tau,tapi aku lapar. Dah tu je aku nak cerita. Bye.

Thursday 2 January 2014

2014 dan badan.

Aku baru nak baik dari demam yang panjang ni. 9 hari jugaklah aku demam tak baik-baik. Hari ni baru aku rasa ok sikit. Tapi tangan aku pulak terkena pemegang sudip yang terbakar jadi bara,tercucuh kat pergelangan tangan sebelah urat wrist aku. Ni sambung lagi buku lali punya urat pulak terkehel. Apa punya nasiblah agaknya aku ni. Mungkin badan dah mula menunjukkan dia sudah tua. 

2014 oh 2014. Tahun ni umur aku dah 29 tahun. Ya,29 tahun. Sebenarnya dari kecik aku tak pernah terfikir pasal umur melebihi 27 tahun ni. Yang aku fikir,umur 25 tahun aku nak beli kete sukan. Jadahnya kete sukan,nak bayar kereta yg sedia ada pun terkial-kial cari duit. Financial aku masih belum kukuh. Cukup la untuk aku makan minum,bayar kereta,hisap rokok dan tengok wayang sekali sekala. Tapi untuk beli kereta mewah,rumah yang aku idamkan belum lagi sekarang ni. Aku lebih suka betulkan apa yang ada dan jadikan lebih baik. Pakai apa yang ada dulu,aku bukan ada backup nak memperjudikan diri lagi. Dulu arwah orang tua aku ada juga backup aku kalau tersandung nak bayar bil. Sekarang ni aku kena beringat. Takpelah,kesusahan ni menjadikan aku seseorang yang lebih baik dari aku yg sebelumnya. 

Aku sekarang duk busy kejar sales target kedai aku sebenarnya. Sambil-sambil tu aku cari juga side job untuk tambah lagi kewangan aku. Macam aku cakap tadi,untuk keperluan alhamdulillah cukup semua. Tapi untuk kemahuan aku takde. Sebab tu aku sampai berkorban benda yanh aku minat. Basikal contohnya. Nak tukar barang pun aku amik masa yang lama. Syukur aku tak jual kat sesiapa. Itu ajelah hiburan sepanjang zaman untuk aku. 

Sebenarnya ada je job untuk aku,tapi masalah utama aku ialah kemampuan badan aku untuk buat. Penat doh kerja kedai makan ni. Ko duduk main keyboard ofis ko apa tau. Kah kah kah!
Ni dah sebulan aku tak dapat lari,tak dapat excercise apa-apa. Entahlah eh,aku kalau busy bekerja atau meniaga,aku kena bersukan supaya aku dapat terus bekerja. Ni yang aku perasan lah kat badan aku ni. Kalau tak,memanglah badan aku jem. Ni tengah jem la ni. 

Aku harap lagi beberapa hari badan aku pulih dari kesakitan ni. Oh ye,basikal aku dah siap setup. Tunggu masa je untuk aku kayuh balik. Lama sangat ni aku tak kayuh basikal. Aku nak buat macam dulu balik lah,lebihkan basikal dari kereta atau motor lepas balik kerja. Jimat pun ye.