Monday 24 February 2014

Tumbuk muka kau!

Hari ni mood aku tak berapa best sangat sebenarnya. Tapi aku buat selamba sebab hari ni hari isnin,hari aku mula bekerja. Takdelah sekali dengan kombo sakit belikat,pinggang dan sebagainya walaupun lutut kanan aku ni masih belum pulih dari terseliuh minggu lepas. Entah aku pun tak paham kenapa lambat baik pulak kali ni. Urut pun baru sekali. Nak urut lagi, aku pulak takde masa dengan kekurangan duit. Hurmm tahan je lah. 

Hari ni entah kenapa masa aku tengah masak tiba-tiba teringat arwah mak masa aku tengah hiris halia untuk masak lauk daging kicap. Kat dapur aku tu aku memang senang KLMJ arwah mak aku. Teringat bila time dia masak,muka dia,ketawa dia,suara dia,keluhan dia. Tipulah tak down bila teringat. Tapi aku buat-buat steady sebab menahan sakit lutut dengan busy masak kat dapur. Ada juga petang tadi kawan menegur,"kau nampak steady je walaupun mak bapak kau dah takde. Kalau aku,aku tak rasa aku boleh hadapi tu semua". 

Aku senyum je..

Kadang-kadang tertanya jugak,apa khabarlah mereka di alam barzakh sana. Aku rindu mereka. Ya,sangat rindu. Walaupun aku lelaki dan berbadan besar,aku mampu menangis tak kira tempat dan masa bila teringatkan mereka. Mereka segalanya untuk aku. Walaupun aku masih tinggal sebumbung dengan kakak kandung aku sendiri,tetap tak sama rasanya tinggal bersama ibu bapa. Tapi at least aku masih ada dia,kakak yang paling aku sayang. Walaupun dulu aku selalu gaduh dengan dia. Terima kasih,kakak. Sebab masih nak jaga aku. Betul cakap arwah bapak aku circa 1997 dulu,"nanti abah dah takde,kakak kau sorang je boleh jaga kau. Abang-abang kau semua tak boleh jaga kau. Jaga hubungan kau dengan dia dari sekarang". Masa tu aku masih bersekolah lagi. 

Semenjak abah dan mak pergi,tak pernah lagi aku nampak matahari bersinar dengan terangnya. Hanya cahaya malap yang menyinari. Memanglah panas,dol. Ini namanya sastera. Aku tumbok jugak kang!

Sebenarnya setiap hari aku menanti cahaya yang terang menyinari sudut gelap hati aku ni. Kadang-kadang ada,tapi cuma sekejap. Biasanya malap. Macam sekarang ni gelap gelita habis. Aku nak kemas bilik pun malas. Dah lah kaki tengah sakit,baru bayar duit kereta pulak tu. Lagi lah tambah pening kepala aku. Pening woi bayar hutang ni. Siapa cakap hutang best? Meh aku starlet kepala engko kejap. 

Setiap hari aku akan fikir macam mana aku nak hidup untuk hari esok. Cukup ke aku nak bayar payment yang berderet setiap hari tu? Ni bukan soal mengeluh rezeki yang aku dapat. Ni aku tak tau dah nak cerita kat sape. Sebab tu aku up blog. Blog aku ni follower pun 4-5 orang. Kah kah kah! 

Tapi aku bersyukur bila aku dapat bangun dari tidur dan teruskan memasak seperti biasa. Bosan tu aku dah lali. Nak buat macam mana,tu mmg punca aku cari rezeki. Selama aku dibesarkan ni pun mmg kedai tulah yg menjadi puncanya. Harapan aku setiap hari ialah supaya aku tabah,kuat dan cekal. Masalah setiap hari,setiap masa ada,beb. Cuma ada sesetengah masa tu aku tak boleh handle. Dan aku lebih suka menyendiri dan berdiam...

Esok aku kena bangun awal untuk menunaikan kewajipan dan keluar bekerja dengan cemerlang. InsyaAllah esok akan lebih baik dari hari ni. Mungkin masalah esok yg aku duk fikirkan ni akan bertemu penyelesaian walaupun sikit. Aku cuba positif ni. Nak tidur ni dol. negatif bukan boleh buat aku tido lena. Hahaha! 

Dah lah,aku cuba untuk tidur. Assalamualaikum!

Ni lah kakak aku. Dengan anak dia. Semoga Allah permudahkan semua urusan dia dunia dan akhirat. Amin :)

Thursday 20 February 2014

Takdir dan waktu.


Takdir dan waktu,suatu tajuk yang aku sendiri takkan pernah tahu waima faham. Semua yang berlaku dalam hidup telah ditakdirkan tapi,kita wajib berusaha. Pada aku,apa-apa boleh jadi walaupun aku tak sangka. 

Semua ni aku tak pernah terfikir waktu abah dan mak masih ada. Waktu aku khayal mencari keseronokan hidup. Hakikatnya,tak seronok mana pun apa yang aku pernah buat dulu. Well,adalah jugak. Basikal contohnya. 

Semenjak mak pergi ,banyak yang berubah. Keadaan,masa,hala tuju,impian,mimpi,masa,perasaan,kata-kata. Boleh dikatakan hampir semuanya berubah. Apa yg aku alami ,apa yang aku hadapi sekarang langsung tak sama dengan apa yg aku pernah lalui suatu masa dulu. Sikit pun tak sama. Dalam tenang aku harungi walaupun tempang sebelah kaki.