Wednesday 23 May 2012

Hampa. Tak berapa nak jadi. Banyak lagi kena belajor!

Ceritanya ni 1st roll slide film yg gua cuba. Tipulah kalau tak mengharapkan gambar yg inzal kan. Rupanya,tak seindah mana pun harapan gua. Baru gua teringat hari tu iso dia terpusing sendiri ke 1600 sebab gua tak letak dalam bag dia. Jahanam betul. Banyak gambar yang gelap. Tapi MX dia,outdoor dia oklah. Main analog ni nasib nasib, ni lah antara risiko yg kena tanggung akibat kecuaian sendiri. Takpe,next time gua berhati hati. Lokasi hanya di sekitar Johor Bahru. Kodak EBX Elite Chrome 100. Beginilah hasilnya.

Tuesday 22 May 2012

Johore Youth Convention and Exhibition (JOYCE 2012) at EXPO,Danga City Mall

Minggu lepas, adalah satu event untuk remaja dan belia kat sini. Macam-macam yg ada kat sini. Gig lah apebenda lah. Aku pun datanglah sebab nak support event kawan-kawan. Ok jugak lah event tu,sebab aku dpt tengok,tolong (sikit je..kakaka) diorang buat lomo wall. Lawo! Pastu aku dapat belajar develope filem sendiri. Cool weh! Macam macam lagi ada kat sana,aku malas nak tulis pulak..kakakakaka. Tapi,sebenarnya event ni boleh jadi lagi best kalau di plan betul-betul. Banyak lg yg 'kosong'..maksud aku tak banyak sangat aktiviti boleh buat. Mungkin tahun depan diorang boleh plan betul-betul. Masukkan banyak sikit aktiviti yg pelawat boleh buat kat situ. Contohnya,macam wall climbing dan lain lain. Tapi kira ok lah usaha diorang tu semua. Johor ni pun bukan banyak sangat event. Bila hujung minggu je hambar,terbengkalai tak tahu nak kemana..kan? Ermmmm...btw abang amik gambo ni pakai instagram je

Tuesday 8 May 2012

Bermain dengan masa dan cahaya

Macam biasa lah. Ada bahan (filem),ada lah entri. Takde bahan apebenda yg aku nak masuk kan? KLMJ sangat pun org menyampah jugak. Tapi nak buat mcm mana,tak semua masalah tu dapat dipendam dengan mulut. Ah okay,gua baru amik filem siang tadi. So far,hasilnya aku banyak yg suka. Masih pakai negatif film biasa.  Nak cari slide film susah woi. Ni pun aku baru load masuk dalam kamera. Kali ni aku cuba guna Fujifilm Superia 200. Hasil agak cantik (bagi aku). Kualiti ntah...aku mana tau..kah kah kah...tengok sendiri lah!!Menggunakan kamera L-CA+ ku sayang. Kat uku tu kata,anywhere,everywhere,L-CA+ always.Jadi aku cuba bawak kemana mana kamera tu walaupun kadang kadang tak amik pun gambar.ni lah hasil dia:-

:8)



HeyySummer

LynnLaloy

Skatecomp at Taman Mawar,Pasir Gudang

Sayed Gym




Jangan tumbuk monitor atau screen laptop anda!! Sebenarnya ini adalah beruang bandar yang sngat jinak.Walaupun muka dia menakutkan,tapi sebenarnya dia baik.
















Thursday 3 May 2012

It's 3rd May.

Selamat hari jadi untuk aku sendiri. Cilake,kejap betul masa berlalu. Macam macam yg aku dah rasa selama aku hidup sampai hati ni. Kejap betul dah 27 tahun. Yang paling sedih, bila sambut (sambut ke?) hari jadi tanpa mak. Jadi,aku buat keputusan untuk buat tahlil dan doa selamat kat surau belakang rumah aku malam ni. Yeah..tahun ni paling banyak kejadian sedih menimpa aku. Tapi aku redha dengan ketentuan ilahi. “La tahzan innallaha ma’ana” (jangan bersedih, Allah bersama kita) antara ayat yg aku pegang bila aku down. Tak mudah utk aku tempuhi hidup ni sebenarnya. Nampak mcm takde pape, gila gila kepala aku ni. Tapi dalam hati ni.... Allah je yang Maha Mengetahui.. Mudah mudahan segala doa yang aku baca untuk arwah mak,arwah abah sampai kat mereka. Tu je yg aku boleh sampaikan kat mereka selain ilmu yg mereka ajar kat aku selama mereka menjaga aku. Pesanan aku, siapa yg masih ada mak bapak, tolong lah..tolong lah sangat..jaga diorang..bahagiakan diorang..ceriakan diorang..jangan lukakan hati diorang. Sebab ajal ni bukan kerja kita. Anytime je diorang nak pergi diorang boleh pergi. Tipu lah kalau tak sedih. Tapi aku terpaksa terima. Dan aku dah redha. Sesungguhnya ada tempat yg lebih baik untuk mereka. Al - Fatihah: Sulong bin Abd Jamal (1945-2008) Leha binti Said (1947-2012)

Tuesday 1 May 2012

3 Mei

Hari ni 2 Mei,esok 3 Mei. Boleh tak kalau terus skip ke 4 Mei? Sebab aku tak nak jumpa 3 Mei tu...kalau boleh. Tapi aku tau memang tak boleh. There's part of me you'll never know. The only thing I'll never show.