Saturday 14 September 2013

Doakan aku,kawan.

Hi! Lama betul aku tak menulis kat sini. Bukan tak nak update,tapi aku memang sibuk berat. Sibuk yang sampai aku menyampah dengan pengurusan masa aku. Aku memang agak gagal dalam menguruskan masa. Nak buat mcm mana,aku memang sibuk. Kakaka.

Sebenarnya ada je benda yang aku nak tulis. Tapi bila sampai di rumah,biasanya aku lebih gemar main Twitter dan tweet benda yang takde kena mengena dengan aku atau nonsense. Pada aku Twitter tu playground untuk aku. Pada aku lah..

Sebenarnya malam ni ada sesuatu yg berlaku dalam diri aku. Dan baru aku baru perasan yang aku kehilangan diri aku hampir setahun setengah. Ya,setahun setengah yg lepas aku bukanlah diri aku yg sebenar. Aku mudah putus asa,tak bersemangat,dan lemah dalam semua benda. Mungkin disebabkan kehilangan ibu tercinta. Tak mudah untuk aku terima dah harungi cabaran hidup waktu tu. Tapi takpe,bak kata kawan aku "itu adalah perjalanan masa hidup kau yang kau akan ingat sampai bila-bila".

Alhamdulillah dengan izin tuhan,aku berjaya harungi itu semua biarpun aku sorang je yang tahu betapa pahitnya. Walaupun pahit,tapi aku bersyukur sebab masih teguh berdiri walaupun adakalanya atau memang selalu aku jatuh tergolek. Terima kasih Allah :)

Ceritanya malam tadi aku berjumpa seorang insan yang sangat luar biasa pada pandangan aku. Dia dah buktikan pada aku bahawa sistem ideologi manusia ini salah. Dan aku cukup kagum dengan apa yg dibuat. Dia ialah Zahariz Khuzaimi atau lebih dikenali dengan Malaysian Nomad. 

Tak perlu aku cerita apa yg dia dah buat. Cukup dengan apa yg dia kongsi depan mata aku,satu meja berborak dengan dia walaupun sekejap dah cukup memberi aku inspirasi yg impaknya cukup besar pada aku. Dan aku kena kejar apa yg aku rasa aku kena buat lepas ni.

Setelah aku sadari bahwa aku kehilangan diri aku sendiri melebihi setahun,tiba masa untuk aku kembali kepada diri aku yg asal. Aku masih banyak misi yang aku kena buat lepas ni. InsyaAllah akan tercapai kalau aku consistent. Aku kena kenal research dan develop semula apa yg ada dalam diri aku ni. Dengan sokongan moral dari adik beradik yang masih ada,kawan kawan yg tak pernah bosan ceriakan aku,insyaAllah semuanya akan jadi kenyataan. 

Semua orang ada impian,begitu juga aku. Jadi aku rasa dah sampai masanya untuk aku realisasikan impian aku. Semoga aku kuat dalam setiap misi yg akan aku tempuhi. 

Doakan aku,kawan. Kamu semua juga adalah inspirasi hidup aku walaupun aku tak pernah beritahu. 




Tuesday 5 February 2013

Berehatlah,Isabelle.........

Maafkan aku kerana tak menjaga kau dgn betul. Maafkan aku kerana membiar kau menderita menghidap penyakit yg membuat kau sengsara menahan sakit. Maafkan aku kerana tak sempat aku membelai kau sebelum kau pergi.

Petang tadi,kakak aku mesej ke handphone aku beritahu kucing aku punya pasir dah habis. Semalam aku tak balik rumah keluarga,jadi aku tak tau pasir tu dah habis. Balik je dari tempat kerja,aku terus pulang ke rumah dgn harapan dapat bersihkan sangkar dia,cuci luka di badannya dan bermain sekejap dgn dia. Dia baru lepas keluar dari klinik vaterinar dan masih belum pulih dari sejenis infeksi. Tapi,apa yg aku harapkan petang tadi semuanya tak kesampaian. Dia mati di dalam sangkar tanpa ada seorang pun dirumah yg perasan selain aku. Punyalah sedih sampai aku tak mampu nak kawal perasaan sekitar maghrib tadi. Apa yg aku nampak hanyalah sekujur tubuh badan seekor kucing yg aku sayangi yg sudah pun kaku terbujur. Dia dah mati. Aku dah habis ribuan ringgit untuk merawatnya. Tapi apakan daya,Allah lebih menyayanginya.

Walaupun dia cuma binatang peliharaan,walaupun dia tidak mendatangkan hasil untuk aku,tapi dia pernah buat aku bahagia,ceria dan gembira,dgn perangai nakalnya,dgn manjanya,dgn suara lunaknya dan dgn rupa parasnya yang memang cantik dari dia dilahirkan.

Isabelle,nama kucing yg aku beri sejak dari aku bawa pulang ke rumah pada 5 mac 2012. Selang 3 hari lepas tu,baru aku dapat Dora. Rumah aku jadi meriah dgn adanya mereka berdua. Ya,mmg nampak bodoh sebab berkawan dgn binatang pada org yg tidak gemarkan binatang. Tapi tidak pada aku. Aku seorang pencinta haiwan lagi lagi kucing. Setiap hari,aku tak sabar nak pulang dari tempat kerja hanya semata mata untuk pulang ke rumah bermain dgn kucing aku. Bagi aku,mereka ni cukup untuk buat aku bahagia. Walaupun sedikit.

Semoga dia lebih tenang di 'sana'. Dan aku tau,syurga adalah tempat untuk dia. Terima kasih kerana membahagiakan aku walaupun sekejap. Isabelle 5th Dec 2011- 5th March 2013









































Wednesday 30 January 2013

Bisnes

Bisnes. Nampak indah. Nampak mewah. Nampak mudah. Nampak selesa. Nampak kaya. Nampak megah. Nampak segalanya.

Islam juga menggalakkan umatnya supaya berniaga. Kerana perniagaan juga adalah satu ibadat. Tapi yg aku nak ceritakan kat sini,bukan mudah untuk berniaga. Bukan semua orang 'pandai' berniaga. Dan bukan semua org ditakdirkan untuk berniaga.

Berniaga dalam konsep asasnya ialah belian dan jualan,untung dan rugi,servis perkhidmatan dan lain lain. Ada macam macam jenis perniagaan dalam dunia ni. Dari yg halal hingga lah ke haram.

Aku telah ditakdirkan untuk berada dalam keluarga bisnes. Arwah kedua org tua aku dah bukak bisnes kedai makan dari aku kecik lagi. Kiranya aku ni membesar dengan hasil titik peluh kedua org tua aku menjual makanan.

Sejujurnya,dari kecil aku malu dgn perniagaan arwah org tua aku. Sebabnya,kawan kawan umpama mengejek. "Eleh,warung makan...". Lebih kurang mcm tu lah bunyinya. Dari kecik hinggalah aku sekolah aku tak pernah nak tolong arwah. Aku sibuk bermain dgn kawan kawan sebaya. Nak makan,datang warung jugak. Nak duit,datang warung jugak. Kecewa jugak bila aku teringat zaman kecil aku sendiri dulu. Tapi,satu masa tu(entah aku umur berapa tahun aku tak ingat),arwah abah aku pancing aku dgn suruh aku jaga gula gula. Dia modalkan aku,suruh aku jaga sendiri. Makin hari aku makin suka berniaga. Sebab dpt untung. Sejak dari tu,aku ada lah tolong jugak walaupun tak selalu.

Aku mula rajin tolong arwah org tua aku sejak umur 10 tahun kalau tak silap. Sebab masa tu,aku cuma tolong beberapa jam je tapi diberi gaji yg agak lumayan bg aku masa tu. Balik je sekolah agama petang tu,aku tolong warung sampai la ke malam. Dari aku umur 10 tahun sampai la ke 14 tahun,duit aku tak pernah takde. Duit sekolah lain,duit gaji lain. Untonglah~ kekekekeke.

Masa aku form 1,aku dah ada sendiri sebiji basikal bukit(mountain bike) yg berjenama. Mongoose tak silap aku. Aku beli dgn harga RM 3800 kalau tak silap. Siap dengan tukar Rock Shox Indy SL(masa tu,model ni antara yg hebat). Tapi tu lah,sejak dpt basikal aku dah malas tolong warung. Aku sibuk dgn basikal aku ke hulur hilir.

Nak dijadikan cerita,arwah abah jatuh sakit tahun masa aku baru masuk form 4. Sejak dari tu,abang aku lah yg urus semua urusan kedai yg mana jangan harap lah nak dapat duit sekolah atau gaji. Memang redho je lah tolong free. Tapi aku tetap tolong bila balik dr sekolah menengah. Masa tu sibuk gila siak. Bayangkan,dari aku balik tengahari tu pukul 4.30 baru aku boleh balik rumah. Yang aku dpt cuma makan free je lah. Gaji memang takde la derr. Tapi aku okay je,sbb masa tu kedai aku ada tukang masak yg power. Aku suka betul nasi paprik dia. Hari hari dia akan masak utk aku lauk favorite aku tu.

Masa tu,arwah mak tolong lebih kurang je. Sebab sibuk jaga arwah abah kat rumah.

Ok,lepas habis sekolah abg aku yg tua paksa aku tolong dia. Tapi,dia letak aku kat warung mee rebus yg mana aku hari hari kena buat mee rebus. Memanglah senang,tapi cepat bosan doh. Setahun jugak aku jaga warung tu. kuah semua aku tak buat,keje aku cuma siapkan je mee utk org makan. Settle. Lepas setahun aku jaga,aku dpt peluang sambung belajar di Segamat. Ah kejap je aku belajar sbb aku amik basic. Balik je jb semula,aku kerja balik. Masa ni posisi aku dah berubah ke tempat buat air. Abang aku punya kejam mengajar aku buat air ni,dia tak ajar pun sebenarnya. Dia kasi aku tgk dia buat setengah jam,lepas tu dia balik rumah. Celaka kan? Masa ni bisnes kedai ni agak mantap. Aku ni yg buat air,setiap hari makan tengahari pukul 6.00-7.30 petang. Engko bayangkan dia punya ramai mcm mana time tu. Aku mmg sibuk gila bebi. Sampai bergaduh gaduh customer sbb tak dapat air. Sorang bungkus dah sampai 30 bungkus air. Tu belum campur air buah lagi. Sibuk,mencabar,penat. Tapi aku sangat puas hati dgn posisi tu. Best buat air ni sebab tak susah dan kerja tu pantas. Dalam 10 minit,aku boleh hasilkan berbelas gelas air. Dan kebanyakan customer suka dgn rasa air minuman aku.

Walaupun aku cuma buat air,bukan aku tak reti buat kerja lain. Bila aku takde kerja,aku tolong cuci pinggan,kemas dapur,amik order,tolong kira, ah macam macam lah yang aku buat senang cite. Cuma masak je yg aku tak pandai masa tu. Banyak kali belajar pun tak pandai pandai jugak.

Aku mula belajar masak sekitar 2005,di mana ramai customer komplen rasa nasi ayam kedai aku agak berlainan dgn rasa yg arwah abah aku masak. Dengan sokongan arwah abah dan mak,aku mula belajar masak nasi ayam sikit sikit. Sampai lah aku pandai. Nasi ayam je lah aku pandai masa tu. Resipi ni aku anggap istimewa sebab resipi ni mmg datang dari arwah abah aku sendiri. Dan aku adik beradik mmg suka dgn resepi ni.

Masa ni,tukang masak aku yg power tu dah tak kerja dgn family aku lg sbb dia dah kahwin dan dia nak cuba buat bisnes sendiri. Kitorang ok je. Cuma masa tu yg kena masak,arwah mak lah. Apa yg buat leceh masak ni ialah,kedai aku bukan jual nasi campur yg sekali masak lauk banyak. Kedai aku jual ala carte yg mana org nak baru masak. Tu yg penat dan kurang sesuai org yg dah lanjut usia ni pegang kuali dan senduk. Kesian arwah mak masa tu. :(

Nak dijadikan cerita,awal tahun 2006 arwah mak terjatuh kat dapur. Tangannya retak dan layu terkulai terus. Waktu tu pulak waktu puncak yg mana customer baru keluar rehat utk makan tengahari. Perghh kelam kabut dia jangan cerita lah. Aku dengan selambanya,capai senduk dan sudip terus masak. Tapi dgn bantuan arwah mak lah kat tepi. Tak tau,tanya. Tak tau,tanya. Dan sejak dari insiden tu lah aku masak sampai lah hari ni. Terima kasih mak. :)

Eh,sedih pulak bila teringat cerita lama ni. Hehehe. Ni namanya KLMJ jugak tahu. Okay sambung bab bisnes pulak...

Aku mula handle sendiri kedai ni sejak tahun 2006. Pergi pasar,masak,akaun,bayar gaji pekerja,delivery dan macam macam lg semua aku buat sendiri. Tapi arwah mak disisi lah. Dalam 7 tahun ni,mcm2 yg aku dah lalui. Jatuh bangun,diri,terpelecok,tersandung,patah kaki semua aku dah rasa. Tapi aku tahu,ni semua baru permulaan. Cabaran yg lagi besar sedang menanti aku kat depan tu.

Yang aku nak cerita dari tadi ialah,semua org nampak bisnes ni satu yg menguntungkan dan mudah. Tapi tak ramai yg nampak rugi dan susahnya bisnes ni. Pada aku lah,bisnes ni bukan seberapa banyak engko boleh untung tapi seberapa lama engko boleh bertahan dan besarkan empayar bisnes engko tu. Dan bisnes ni langsung tak sama dgn kehidupan org makan gaji. Langsung tak. Bisnes ialah seberani mana dan sekuat mana engko bangun balik setelah engko jatuh tak kira macam mana pun. Engko akan jatuh,engko akan naik. Tapi silap besar bila engko naik tapi engko langsung tak pandang bawah. Sebenarnya,hidup di atas lebih susah kalau nak dibandingkan hidup di bawah. Walau aku pun banyak kali jatuh,tapi aku selalu teringat, masa arwah mak bapak aku jatuh dulu entah macam mana lah agaknya. Mana nak besarkan anak,mana nak bayar itu bayar ini. Kadang kadang,bila kita rasa kita susah ada yg jauh lagi susah dari kita ada yg jauh lg perit dari kita. Sabar dan ikhtiar lah apa cara pun. Asalkan jangan cara tu mengarut. Jadi,nasihat aku pada kawan kawan yg baru nak menceburi bidang bisnes ni tak kira apa pun jenis bisnes. Ambil iktibar,dgr nasihat dan cuba cuba lah dekatkan diri tu dgn bisnes sebelum engko mula bisnes. Bahaya beb kalau engko tak tau apa apa terus nak terjah. Habis semua reta benda engko tergadai nanti. Ni semua berdasarkan kisah aku. Macam macam yg aku dah lalui. Tapi takpa,tak cuba tak tahu. Tak jatuh,tak pandai. Yg penting,kalau jatuh,jangan pundek sangat takut nak bangun balik. Sekian.