Saturday 29 December 2012

Sedikit titipan buat kenangan bersamamu,abah.

Assalamualaikum,abah.

Bulan ini,genap 4 tahun abah pergi. Pergi meninggalkan org dalam keadaan yang sangat tidak bersedia menempuh kehidupan. Tahun ini juga,arwah mak pergi meninggalkan org adik beradik. Sunyi. Sepi. Hambar. Bosan. Rindu. Sedih. Menangis. Cukup segalanya yang ada dalam hati ini.

Tak mudah untuk menjadi anak yatim piatu dalam usia sebegini.

Pemergian abah dan mak terlalu aku rasai. Terlalu.. Hingga aku tak pernah melupakan setiap detik. Hanya tuhan yg tahu betapa perit hati ini,betapa sedih hati ini,betapa suramnya setiap hari tanpa abah dan emak. Setiap pesanan,setiap barang peninggalan,tak pernah aku tinggalkan. Tak pernah aku lupa walau sekali. Kerana aku tak mungkin akan dengar lagi pesanan yg serupa dgn apa yg dipesan waktu kedua arwah masih ada.

Aku tak pernah cerita,aku tak pernah tunjuk kesedihan aku pada sesiapa. Mungkin ada,tapi tak semua. Apa yg orang nampak ialah,si gila yg setiap masa berbual merepek,si bodoh yg bercakap besar seperti tak pernah jumpa cermin,si sial yg sentiasa menghabiskan waktu di dunia internet dari membuat sesuatu yg lebih baik. Kau tak faham..kau tak tahu apa aku buat. Dan aku tak perlu cerita pada kau. Sebab kau bukan sesiapa untuk aku.

Aku masih ada adik beradik,kakak dan abang. Tapi kadang macam tak ada. Jarak umur aku dan mereka pun jauh sebenarnya. Masing masing punya keluarga untuk dibimbing,untuk dijaga. Aku faham. Takpe,aku boleh jaga diri sendiri.

Bila aku baca status di facebook dan di twitter,tempat aku bermain,tentang kehilangan ahli keluarga tercinta dari rakan rakan dunia maya,memori aku pada arwah makin kuat. Kadang sampai aku lemah semangat.

Sebenarnya aku dah sampai 1 tahap dimana aku dah tak boleh fikirkan ini semua. Aku tahu aku kena terus hidup,untuk aku bayar segala hutang2 aku. Aku perlu terus hidup kerana aku belum ditakdirkan mati lagi. Sebab tu aku,akan biarkan je sesiapa nak pergi dari hidup aku. Tak kisah lah kawan,crush,makwe mahupun lawan. Aku akan biarkan dia pergi. Jangan tambah sakit hati,perit yg aku lalui ini semua. Nak kawan,buat cara kawan. Semua org akan gaduh,akan ada salah faham. Tapi,aku percaya kawan sejati ialah kawan yg akan cari kau balik tak kira apa pun terjadi.

Hidup ni tak seharusnya dirumitkan. Sebab hakikat hidup sebenar ialah hidup ini ialah ujian untuk kehidupan yg abadi nanti. Syukur aku selalu diingatkan supaya tidak terlalu menjiwai dunia ini.

Kematian ni dah lali dengan aku. Dah terlalu ramai yg pergi dari hidup aku. Terlalu ramai. Dan yg pasti,yg betul2 meninggalkan kesan ialah, peninggalan arwah abah dan mak.

Tak pernah henti aku doakan mereka,tahlilkan mereka,ziarah kubur mereka. Amalkan segala ajaran yg mereka ajarkan pada aku. Buat amal jariah untuk mereka. Kerna aku seolah olah hilang arah,aku tak tahu apa lagi yg aku harus buat setelah kehilangan mereka. Kahwin? Cakap senang lah. Ingat senang nak jumpa soulmate? Tapi aku percaya dgn ketentuan. Allah dah rancang sesuatu yg baik untuk aku. Apa yg aku tahu,aku kena sabar.

Sejujurnya,aku ini hidup tanpa perasaan. Kalau aku marah,sedih,ketawa,senyum,aku tak pernah maksudkan itu semua. Cuma sedih yg ada dalam jiwaku ini. Aku putus kasih sayang. Aku hilang segalanya.

Entah lah. Syukur sebab aku jumpa ramai kawan kawan baru. Yang tak pernah putus2 buat aku rasa kembali yakin,kembali bersemangat,walau rasa itu tak sama seperti dahulu. Tapi aku tetap bersyukur.

Apa yg aku tahu ialah, "hidup harus diteruskan tak kira apa pun"(quotes ni makwe lama aku bagi,dah kawin pun dia. Tak jemput pulak tu. cilaka)

Tadikan,sebenarnya byk idea nak menulis. Tapi bila nak update,tiba tiba tak tau nak tulis apa. Jadi,rasanya sampai sini aje lah entri klmj abah dan emak ni. Dah. Habis dah. Aku nak tidur.




Sunday 2 September 2012

2 September 2012

Awalnya gua bangun pagi ni. Memang niat nak bangun awal pun masa nak tidur semalam. Maklumlah,hari isnin. Gua kena keluar awal untuk pergi belanja kat pasar untuk beli barang2 kedai. Pasar dengan gua memang sangat sinonim. Kejap lagi gua keluar lah. Saje nak update blog yang jarang2 gua bukak ni. Gua dalam keadaan risau kebelakangan ni. Gua kuat bermonolog. Gua pikir bukan2. Pasal diri. Pasal masa depan. Pasal kedai. Pasal ehem ehem. Kihkihkihkih. Tahun depan dah 28 umur gua siot. 2 tahun lagi nak masuk 30 sen. Tua wei! Ya Allah,cepat betul masa berlalu. Gua rasa mcm baru semalam gua habis sekolah. Cita cita jangan cerita lah. Banyak dah tak tercapai. Walau tak tercapai gua bersyukur sebab gua masih hidup dan kekal berdiri walaupun kadang2 gua jatuh terduduk dan bangun balik tanpa bantuan sesiapa. Ada 1 pepatah mengatakan, "kejayaan adalah seberapa banyak kali kau bangun dari jatuh". InsyaAllah,aku cuba positifkan diri dgn pepatah tu. Sakit wei hidup kesorangan ni. Tapi aku tahu,susah2 aku masih ramai yg masih susah dari aku. Aku bersyukur dgn apa yg Allah beri aku. Aku hargai tiap saat yang aku lalui. Orang2 yg aku kenali, Kawan2 yg sentiasa ada. Hidup ni memang tak semua benda yg aku nak tu aku boleh dapat. Aku cuma mampu berusaha. Allah yg tentukan,yang izinkan semua tu berlaku. Solat,doa,zikir,solat,doa,zikir! Usaha dan Tawakkal. Tu je yang aku tau. Semoga aku dikurniakan rezeki yg mencurah curah,isteri dan anak yang soleh dan solehah,kehidupan yang lebih baik dan diberkati hidup. Kalah dalam 1 perjuangan bukan penamat sebuah hidup. Tapi tamatnya sebuah kisah hidup itu bila aku mengalah. Pesanan untuk diri sendiri,don't give up,don't give up,don't give up!! Aku tak dibesarkan dgn harta yg banyak. Aku tak dibesarkan dgn mak bapak sentiasa di sisi. Aku anak yatim piatu. Lain sikit kalau nak dibandingkan dgn org lain. Tapi siapa org nak bandingkan aku dgn diorang? Lu bayarkan zakat gua ke apa? Hakhakhak. Hidup ni kalau difikirkan,mana boleh habis 1 page. Cuma tu lah masalahnya,gua ni suka berfikir tentang 'esok',tentang masa depan,tentang aku dan dia. Kah kah kah! Ah,takde mende sangat entri ni. Cuba gua nak dpt keyakinan je pagi ni. Bangun tidur,teringat seseorang pun sesuatu benda yg manis. Ah.dah lah. Gua nak mandi siap pegi keje. Semiga hari ni hari yang baik untuk gua. Semoga lancar semua urusan untuk gua. Amin. ✌

Monday 27 August 2012

Makin lama makin gua tak paham

Sejak arwah mak meninggal dunia,banyak yang dah berubah. Banyak sangat sampai kadang kadang gua tak tahan. Di sebalik ketawa gua depan kawan kawan,di twitter,di facebook,sebenarnya gua tahan je dalam hati. Semua berubah!! SEMUA.! Makin lama makin gua rindu arwah mak. Kalau dulu masa dia ada,bila gua down,dialah yg paling banyak support gua sampai gua lupa semua masalah tu. Tapi sejak dia pergi,gua hadapi semua benda sorang sorang. Ni lah maksud sebenar forever alone. Tak semua kawan kawan gua support gua. Tak semua adik beradik,sedara mara support gua. Kadang kadang gua lost. Gua tak tau nak pegi mana. Gua solat,gua doa. Tu je yang mampu gua buat. Kalau lah arwah masih ada...sebenarnya walau dah nak masuk 6 bulan arwah mak meninggal,gua rasa macam baru semalam je gua tgh lepak berbual dengan dia. Makin hari gua makin lost. Gua mcm keliru. Gua pening. Gua kusut. Gua bercelaru. Gua rasa nak marah,nak menjerit,nak menangis,nak ketawa,nak diam. Semua ada. Nak lagi sakit,sekarang ni,seolah olah mcm ada org memerhatikan gua. Sikit je gua silap langkah,memang mampus terjatuh terduduk terus. Gua mengaku,kdg2 silap sendiri gua tak nampak. Org yg nampak. Tp kali ni macam takde chance langsung. Seolah olah mcm tak boleh dimaafkan. Makin lama,gua rasa makin tak kuat. Makin lemah. Takde sape yg support gua. Gua betul2 rindu mak. Apa patut gua buat skrg ni? Gua dah tak nak bercerita lagi. Gua nak selesaikan masalah. Kdg2 cerita banyak sangat bukan boleh selesaikan masalah. Gua rasa ni semua punca dari masalah yg tertangguh. Masalah yg gua tak settlekan lagi,tapi gua skip pegi next chapter. Gua rasa lah. Gua stucked siol! Kepala dah jem dah ni. Gua perasan lately ni gua kuat melenting. Tak macam sebelum gua pergi umrah hari tu. Ya Allah. Aku tak tahu apa yg dah berlaku. Tapi aku harap benda ni dapat selesai dengan segera. Gua sayang kedai gua tu. 24 tahun beb. Takkan gua nak blah sebab problem mcm ni. Ah sial. Ni semua perasaan bodoh dalam diri. Gua stucked. Babi lah.

Monday 30 July 2012

Param (Pasar Ramadhan)

Macam biasalah bulan puasa,gua memang kena convert kedai gua jadi ala ala param. Tak berapa nak param sangat lah kalau nak dibandingkan dengan param param urban yang sedia ada. Param gua ni kira param sawit je. Tapi okaylah,at least gua tak payah nak bayar sewa bodoh sampai RM800.00 - RM1200.00 sebulan untuk tapak yg berapa kaki dan tak berbumbung tu. Gua baru teringat,gua janji nak up entry umrah hari tu gua terlupa lagi. Busy yang amat sebenarnya. Bulan Remdhon ni lagi lah busy betul. Masa yang ada tu ngam ngam je. Param gua tahun ni tak berapa meriah sangat. Sebab dulu masa arwah mak ada,arwah tu lah yg tukang penuhkan apa apa yang kurang atas meja ni. Sampai kat gua,gua blur blur!! Kahkahkah! Tapi syukur alhamdulillah, dengan izin dariNya aku dpt juga buka walaupun tak semenggah mana pun. Ade lah duit rokok sikit. Gua ni bukan orang senang untuk bersenang lenang! Thanks to Brader Jimbo Tiram sebab tolong tambah menu dlm param gua dgn letak Tiramisu dia yg power tu. Tak ni bukan jack/bodek,ni memang power betul. Gua pun suka jual benda yg power ni. Param gua ni lebih kepada air cedok je kekdahnya. Makan ada juga,tapi gua buat buat ada je. Sebab gua tak larat doh nak buat semua. Bungkus air je petang tu dah penat gila. Lepas maghrib,kemas kemas terus balik. Sampai rumah,mandi terus lincah pegi masjid buat terawikh. Kalau gua larat (mostly tak larat kot),gua lepak lah mana mana yg berdekatan. Bulan Remdhon punya special ni gua cakap lu dlm bisnes gua ni,sampai gua tak boleh nampak percentage graf dia tu naik ke turun. Maksudnya,gua tak boleh nak tahu bulan tu untung ke rugi. So far,a years before alhamdulillah. Cukup cukup pun dah bagus dari takde. Meniaga ni bukan senang beb kalau lu tak kuat semangat. Semangat tu bukan kena kuat sehari je tahu. Lu kena ada semangat setiap kali lu celik mata. Kadang kadang badan ni sampai tak boleh nak bangun,macam melekat dengan tilam,tp gua bangun juga demi mencari rezeki. Oh lupa,gua bukan jenis majikan yg nak boss sangat dlm bisnes. Gua boss,gua jugak kuli. Gua buat apa yg pekerja gua buat. Dan gua akan pastikan gua kerja lebih dari diorang. Ni yg gua belajar dari family gua,dari arwah abah & arwah mak. Sebab tu gua setiap hari penat,penat kerja kekdahnya. Tp gua dah biasa. Kalau gua larat,gua lepak la. Tp kalau penat sangat....paham paham je lah. Tapi lain...lain sangat dah kedai aku ni sejak sejak arwah mak dah takde. Nak tak nak gua kena teruskan. Gua kena hidup jugak apa. Terima kasih lah kat kawan kawan yang sentiasa support gua. Terima kasih jugak pada yang kerja nak reject hidup gua. Kehkehkg.

Thursday 5 July 2012

Bila 1 sahaja daripada 1000 yang masuk syurga. (Dari blog AKI,abang saja nak kongsi sebab abang goyang jugak baca)


“Bismillahirrahmanirrahim, Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan ..Bacalah dengan seikhlas hati ..Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”

Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”

Allah Taala berfirman: Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.”

Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”

Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”

—————————————————————–
Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…”

Hadis Sahih Riwayat Bukhari

—————————————————————–

Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya

“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya 1 sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


*Sewaktu Adam baru turun ke muka bumi, keadaan sekeliling gelap gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit cahaya api untuk kegunaan Nabi Adam di bumi. “Wahai Jibril, pergilah engkau meminta sedikit api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api neraka”.

Lantas Jibril menemui Zabaniyah.

Jibril : Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta sedikit api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.

Zabaniyah : Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?

Jibril : Berilahku sebesar buah tamar.

Zabaniyah : Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar buah tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.

Jibril : Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.

Zabaniyah : Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Itulah api neraka. Kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri nanti.

* Terkenang kisah Rasulullah lari ke Gua Hira’ dan pemuda Kahfi lari ke dalam gua selama 309 tahun ..

Surah Al Hadiid
[57.20] Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

*Yang menolak kedatangan2 peristiwa ini tidak mengapa .. teruskan dengan kehidupan kalian, yang masih beriman dan mempercayainya, persiapkanlah diri kita ..

Wallahua’lam ..

Keutamaan mengerjakan solat sunat dhuha

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kirif

Amboi. Busy betul abang minggu ni

Busy berat. Tu je nak cakap. Tekanan jangan cakap lah. Badan ni larat tak larat je buat semua benda. Aku pulak dah start gym balik. Balik dari arab boleh tahan barai jugak badan gua ni. Mau tak barai,sehari lebih 4 kali makan kot. Gua kejarkan dateline sebelum puasa sebenarnya ni. Tinggal berapa belas hari je lagi dah nak puasa. Puasa nanti gua lagi busy dari sekarang. Balik kerja hari hari malam. Lagi lah takde masa nak excercise. Sepatutnya gua kena mula dari 23 jun hari tu. Tapi nak cari mood nak bersukan ni lu ingat senang? Tapi kalau dah dapat 'soon' dia gua cakap lu, memang gian. Nak nak body figure/structure yg lu nak tu dah ada bayang dia sikit sikit. Starting ni memang sakit sikit lah. Tak payah,kelmarin gua baru demam urat sebab gua layan super set shoulder. Sampai tak kerja gua hari tu. kahkahkah! Banyak lah jugak event yg gua attend sejak balik ni. Tu pun gua pergi kebanyakannya sebab terpaksa. Ok lah. Ni pun gua update sebab gua ada masa 7 menet. Nanti gua update lagi entry pasal umrah tu. Berambus.

Friday 29 June 2012

Gambar

Ni semua gua amik pakai iphone. Yang pakai LC-A+ nanti gua upload. Ni baru kat Madinah. Kat Mekah belum lagi. Sabor eh?