Friday 29 June 2012

Cerita dari Tanah Suci.

Syukur alhamdulillah, Jumaat lepas gua baru sampai Malaysia dari Mekah menunaikan ibadah umrah. Macam2 pengalaman yg gua dapat sepanjang 17 hari ke sana. Alhamdulillah semuanya baik2 dan berjalan dgn lancar. Banyak kenangan manis lah senang cite. Guna ni sampai dah tak ingat nak balik Malaysia lagi dah. Tenang beb! Setenang tenang tempat. Untuk kawan2 yg masih muda yg berkemampuan tu gua galakkan sangat pergi ke sana dari sekarang. Tak payah tunggu tua baru nak pergi kalau dah mampu, Kita ni belum tentu sampai lagi ke umur tua tu. Ajal maut tu Allah saje yg tahu.okay gua nak share sikit.lebih kurang je lah ye?

7 Jun 2012,1.00 pagi. Gua dah berkumpul depan ofis Tiram Travel untuk naik bas dengan grup gua ke Changi Airport. Sedih juga waktu tu nak tinggalkan Malaysia. Lebih kurang pukul 4 gitu gua sampai lah Changi airport. Flight pukul 7 kalau tak silap.Lepas tu,kitorang singgah jap KLIA utk turunkan penumpang,kejap je lepas tu terus gerak pegi Colombo,Sri Lanka untuk transit.Nak dijadikan cerita,tiba2 jadual bertukar,gua kena transit dekat 5 jam kat Airport Colombo tu.Keras woi!! Dah la makanan & minuman mahal gila. Air gas 500ml je dah RM10.00.Nasi beriyani jangan tanya lah...RM45.00!!puih!

Selang 5 jam kami pun bertolak ke Jeddah. Perjalanan mengambil masa sekitar 6 jam.Keras jugak. sampai Jeddah terus naik bas menuju ke Madinah al Munawarrah. Jantung aku mula berdebar time ni. Tipu lah kalau tak excited kan. Sampai2 je dah nak subuh. Alhamdulillah,hotel kitorang tak jauh dari Masjid Nabawi. Aku check in,letak beg,ambil wudhu terus ke masjid. Masuk masjid aku terus sunat tahiyatul masjid. Dengan tak semena mena air mata aku jatuh. Aku mcm tak percaya aku jejakkan kaki kat Tanah suci,kat dalam masjid Rasulullah SAW Al Masjid Al Nabawi masa tu.Aku bersyukur sangat ke hadrat ilahi kerna dengan izinNya,aku dah sampai ke sana. Perasaan tu aku tak tahu mcm mana nak gambarkan.Semua ada lah kekdahnya. Balik dari solat aku terus ke hotel utk sarapan. Ramai juga jemaah Malaysia & Indonesia satu hotel dan yg berdekatan dgn hotel gua. Masa tu lah yg kelakornya. Aku sarapan mihun goreng,tapi kat sebelah dish tu aku nampak telur kulit putih.Dalam hati aku,"kejadahnya pagi pagi gua nak sumbat telur masin?". Rupanya itu telur ayam!! Telur ayam sana mmg warna putih serupa mcm telur masin! kah kah kah!!


Ni masa nak bertolak dari JB ni.


3 hari di Madinah gua isikan masa dgn i'tikaf di Masjid,solat dan doa di Raudhah,ziarah makam Rasulullah dan para sahabat,ziarah perkuburan syuhadah di Jabal Uhud,ziarah Masjid Quba'(Masjid pertama yg didirikan oleh Rasulullah SAW),Kilang pencetakan Al-Quran terbesar di dunia,Ladang Kurma. Ni semua aktiviti yg menitiskan air mata gua sendiri.Korang jangan ketwa!!Aku terajang karang!! Gua mcm tak boleh nak bayangkan,mcm mana zaman dulu,Rasulullah dan para sahabat berjuang,berkorban demi agama Islam tercinta.Apa yg kita rasa ni semua bermula dari sini.Dalam grup gua ada ramai "orang2 lama",tabligh yg gua boleh refer kalau gua tak faham apa apa. Syukur,semua dlm grup okay belaka.Ade makwe pulak tu.Hikhikhikhik. :D

Lepas 3 hari di Madinah,tiba masa untuk bergerak ke Mekah untuk menunaikan umrah. Pagi tu setiap jemaah masing2 melakukan ziarah wida'(ziarah selamat tinggal).Berat hati ni nak tinggalkan bandar Madinah yg tenang ni.Tenang,memang tenang. Setenang Rasulullah SAW.Orangnya peramah dan mcm2 lagi lah kalau nak diceritakan pasal Madinah ni.Lepas zuhur kami pun berangkat ke Mekah dgn memakai ihram. Kami singgah di Bir Ali (sempadan Madinah-Mekah) untuk bermiqat.Perjalanan ke Mekah dari Madinah mengambil masa 6 jam.Lepas 6 jam,sampai lah kami di Mekah. Jantung gua masa ni gua cakap lu....fuhhh!! laju bhai. Check in letak bag dan kami terus ke dalam MasjidilHaram untuk tawaf dan sai'e. Ok ni dulu untuk entri ni.Penat nak cite semua. Nanti sambung lagi. Assalamualaikum!

Kejap..aku ni update pakai handphone.Connection dia lembab. Nanti je lah aku update gambo! aku dah upload tadi.tp failed.Grrrr

2 comments:

  1. Ouhh under tiram travel ehh. :-)

    Ehh hai! Jejak sini kejap....

    ReplyDelete
  2. Peh..takde email alert...eh hai! Aah tiram travel. Ohh kayhhh lah.. Haha..so far semua travel agency sama je..yang penting pandai bawak diri je kat sana. Memang tak boleh nak harap diorang kekdahnya.

    ReplyDelete